Monday, January 2, 2017

Tatahan Plug untuk Fasa (Phase) Vs Tatahan Plug untuk Bumi (Earth)

Untuk geganti Masa Minimum Tetap Songsang (IDMT - Inverse Definite Minimum Time), salah satu tatahan ialah tatahan plug (plug setting). Nilai tatahan arus (pick up current) biasanya melebihi atau sama dengan arus beban penuh (full load current). Maka tatahan plug adalah 100% atau lebih dari arus beban penuh. Manakala bagi geganti kerosakan arus ke bumi (earth relay), tatahan arus biasanya lebih rendah dari arus beban penuh talian, maka tatahan plug <100%. Ini kerana, apabila melibatkan kerosakan ke bumi, arus akan mengalir balik ke bekalan sumber. Arus ini biasanya lebih rendah dari arus beban penuh disebabkan galangan kebumi lebih tinggi berbanding galangan talian. Galangan ke bumi adalah gabungan antara rintangan kerosakan (Rf), rintangan landasan menara (TFR - tower footing resistance), rintangan tanah (ground resistance) dan juga rintangan titik neutral sumber bekalan. Adakalanya kerosakan fasa ke bumi hanya dikesan oleh geganti atau fungsi perlindungan ke bumi (earth relay / function) tetapi gagal kesan oleh geganti IDMT fasa (phase IDMT relay) disebabkan arus yang lebih rendah berbanding arus beban penuh talian. 

Geganti Arus Lebih SPAJ140C ABB (OCEF)

Contoh gambarajah skematik geganti Siemens di mana kedua-dua perlindungan fasa dan bumi (OCEF) boleh diaktifkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...