Sunday, January 1, 2017

Talian HVDC di Malaysia

Selain dari talian tiga fasa AC (132 kV, 275 kV & 500 kV), di Malaysia juga terdapat talian HVDC (arus terus voltan tinggi) 300 kV yang menghubungkan Malaysia dengan selatan Thailand. Disebabkan sistem voltan AC yang berbeza antara Malaysia dan Thailand, maka talian HVDC digunakan di mana kadar voltan AC yang berlainan ditukar kepada kadar voltan DC yang sama iaitu 300 kV. 

Talian HVDC yang menghubungkan antara Malaysia dan Thailand berfungsi sebagai sandaran (back up) dan untuk menjamin keselematan tenaga (energy security) antara kedua-dua negara. Untuk menukar voltan AC ke DC, stesen penukar diperlukan. Di Malaysia, stesen penukar (TNB HVDC substation) terletak di Gurun, Kedah yang menukar voltan 275 kVAC ke 300 kVDC.

Panjang Talian: 110 kM
Kadar Kuasa Hantaran = 300 MW
Kadar Voltan = 300 kV DC
Jenis Menara Talian = Monopolar


Talian HVDC

Stesen Penukar HVDC di Gurun (Sumber Gambar: Klik Sini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...