Sunday, January 1, 2017

Geganti Jarak vs Geganti Pembeza

Geganti jarak lebih digunakan untuk talian panjang. Ini disebabkan galangan kerosakan lebih kecil berbanding galangan talian maka kurang mempengaruhi capaian geganti. Selain itu, kesan yang lebih mempengaruhi talian panjang ialah ayunan kuasa (power swing). Maka geganti jarak dengan lengkung ciri khas digunakan untuk mengesan ayunan kuasa seterusnya menghalang geganti drp beroperasi bila ianya berlaku.. Geganti pembeza pula lebih digunakan untuk talian pendek. Ini disebabkan, arus pengecasan (charging current) kurang mempengaruhi talian pendek berbanding talian panjang. Namun terdapat geganti pembeza yang mempunyai fungsi pemampasan arus pengecasan membolehkan geganti pembeza digunakan untuk melindungi talian panjang. Geganti jarak dengan lengkung ciri quadramho juga digunakan untuk melindungi talian pendek. Ini kerana lengkung ciri ini mempunyai capaian resistif yang lebih besar untuk mengelakkan berlakunya keadaan "terkurang capaian" atau under-reached condition bila galangan kerosakan adalah besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...