Sunday, January 1, 2017

Beza Antara Pemutus Litar Kutub Tunggal (Single Pole) dan Pemutus Litar Kutub Tiga (Three Pole)

Di dalam sistem penghantaran voltan tinggi, terdapat dua jenis pemutus litar yang digunakan iaitu kutub tunggal (single pole) dan kutub tiga (three pole). Apakah beza kegunaan antara kedua-dua jenis pemutus litar tersebut?

Di Malaysia, pemutus litar kutub tiga digunakan pada sistem 132 kV. Bagi pemutus litar kutub tiga, ia hanya memerlukan satu mekanisma untuk menutup dan membuka pemutus litar. Apabila berlaku kerosakan pada talian samada kerosakan satu fasa atau fasa ke fasa, pemutus litar akan dibuka serentak ketiga-tiga fasa talian dengan satu mekanisma tersebut dan ditutup serentak juga bagi ketiga-tiga fasa oleh geganti penutup semula (autoreclose). Tiada pembukaan dan penutupan fasa tunggal secara berasingan dibenarkan.

Pemutus Litar Kutub Tiga (Three Pole) - Sumber Gambar: Klik Sini

Manakala bagi pemutus litar kutub tunggal, ianya digunakan pada sistem 275 kV dan 500 kV. Bagi pemutus litar jenis ini, setiap fasa mempunyai mekanisma yang tersendiri di mana pembukaan dan penutupan pemutus litar secara berasingan bagi setiap fasa dibenarkan. Ini disebabkan untuk voltan lebih tinggi, masa yang pantas diperlukan untuk menutup semula pemutus litar fasa yang terkesan apabila kerosakan satu fasa berlaku untuk menjamin kestabilan sistem kuasa.

Pemutus Litar Kutub Tunggal (Single Pole) - Sumber Gambar: Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...