Sunday, January 1, 2017

Adakah Lokasi Kerosakan Yang Diberikan Geganti Semestinya Tepat? (Bahagian 1)

Selepas sesuatu kerosakan berlaku pada talian, lokasi kerosakan boleh diketahui dengan melihatnya dari geganti atau mengukur sendiri menggunakan perisian dari gelombang yang dimuat turun dari geganti atau perakam kerosakan (fault recorder). Namun, adakah nilai lokasi tersebut selalunya tepat? Terdapat keadaan di mana titik kerosakan gagal dikesan walaupun lokasi tersebut dalam anggaran yang diberikan oleh geganti. Sebenarnya byk faktor yang mempengaruhi ketepatan lokasi kerosakan yang diberikan oleh geganti antaranya ialah jenis kerosakan yang berlaku, punca kepada kerosakan, jenis algorithma yang digunakan untuk mengukur lokasi kerosakan, nilai galangan kerosakan, nilai mva tiga fasa dan galangan sumber (source impedance) yang sentiasa berubah dan byk lagi faktor yg lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...