Thursday, October 15, 2015

Statistik Kerosakan yang Berlaku Pada Talian Penghantaran di Malaysia

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Talian penghantaran adalah salah satu komponen utama dalam sistem kuasa. Ia bertujuan menghantar kuasa elektrik yang dijanakan oleh stesen janakuasa kepada pencawang-pencawang seterusnya kepada beban iaitu pengguna. Di Malaysia, terdapat beberapa tingkat voltan talian penghantaran iaitu 66kV, 132kV, 275kV dan 500kV.

Disebabkan talian penghantaran terpasang dalam keadaan terbuka di udara, maka ianya terdedah kepada risiko berlakunya kerosakan dengan mudah. Terdapat pelbagai jenis kerosakan iaitu kerosakan satu fasa ke bumi, fasa ke fasa, fasa ke fasa ke bumi dan kerosakan tiga fasa...

Kerosakan-kerosakan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kilat, binatang, pokok, pengubah arus meletup, kenderaan seperti kren binaan, asap malah boleh disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri seperti kes kecurian atau kesilapan dalam membuat pengujian kepada sistem perlindungan talian penghantaran..

Kerosakan juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerosakan kekal dan kerosakan sementara.. Contoh kerosakan kekal ialah seperti menara yang tumbang atau terdapat kren yang bersentuhan dengan talian manakala contoh kerosakan sementara seperti kilat atau terdapat objek terbang yang menyebabkan berlakunya arka sementara..

Daripada statistik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad bagi tempoh 2001 sehingga 2006, kerosakan paling kerap berlaku ialah kerosakan satu fasa ke bumi iaitu dengan 93.56 % diikuti dengan kerosakan fasa ke fasa iaitu dengan 2.53 %. Tiada langsung kerosakan tiga fasa berlaku dalam tempoh tersebut (0 %). Manakala baki kerosakan ialah kerosakan yang bukan disebabkan oleh sistem iaitu sebanyak 3.91 %. Majoriti kerosakan satu fasa ke bumi adalah disebabkan sambaran kilat ke atas fasa talian penghantaran. Walaupun kerosakan yang disebabkan oleh kilat adalah sementara yang mana talian yang tepelantik akan ditutup semula secara automatik oleh geganti penutup-semula auto, namun apabila terdapat aktiviti kilat yang aktif/banyak, sambaran kilat dalam masa "reclaim time" akan menyebabkan isyarat pelantikan kali kedua dihantar yang menyebabkan talian tersebut diasingkan secara kekal (permanent). Rajah berikut menunjukkan statistik jenis kerosakan talian penghantaran yang berlaku di Malaysia dari 2001 ke 2016.

Statistik Kerosakan yang Berlaku Pada Talian Penghantaran di Malaysia
Manakala, rajah berikut menunjukkan pecahan antara kerosakan sementara dan kerosakan kekal yang berlaku dari 2001 ke 2006.

Statistik Kerosakan yang Berlaku Pada Talian Penghantaran di Malaysia

Rujukan:

The Application of Fault Signature Analysis in Tenaga Nasional Berhad Malaysia, Abdullah Asuhaimi Mohd Zin, Senior Member, IEEE, and Sazali P. Abdul Karim, IEEE TRANSACTIONS ON POWER DELIVERY, VOL. 22, NO. 4, OCTOBER 2007.

Saturday, September 5, 2015

Pengiraan Kerintangan Kerosakan (Rf) bagi Arka Kerosakan (Fault Arc)

Bismillahirrahmanirrahim..
Sumber gambar: Jianping Wang, ABB, 2013-06-14 KTH

Arka (arc) yang terhasil pada talian penghantaran disebabkan oleh kerosakan seperti objek yang hampir dengan talian (spt pokok) atau disebabkan oleh kilat (arka yang melompat ke menara talian) boleh diwakili oleh kerintangan kerosakan (fault resistance, Rf). Nilai Rf bergantung kepada panjang arka yang terhasil dan juga nilai arus kerosakan, If. Semakin panjang arka, semakin tinggi nilai Rf, manakala semakin tinggi nilai arus kerosakan, semakin rendah nilai Rf.

Nilai kerintangan kerosakan, Rf boleh mempengaruhi ketepatan pengiraan lokasi kerosakan (fault location) dan juga geganti yang menggunakan kaedah pengiraan galangan seperti geganti jarak (distance relay) dalam membuat keputusan samada isyarat pelantikan (tripping signal) perlu dihantar atau tidak terutama apabila kerosakan hampir dengan tatahan galangan zon.

Keboleharapan bagi Sistem Perlindungan (Reliability of Protection System)

Keboleharapan bagi Sistem Perlindungan (Reliability of Protection System)
Source: Jianping Wang, ABB, 2013-06-14 KTH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...